Friday, 24 October 2014

Hijrah.. Jangan ditangguhkan lagi !!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Saat ini ku tulis kisah diri. Bukan untuk meminta pujian atau penghargaan setinggi langit. Hanya doa dipinta agar diri ini dapat istiqamah dengan penghijrahan diri.

Beberapa tahun yang lalu ana adalah seorang gadis yang berpakaian biasa. Cukup sekadar bertudung walaupun baju dan seluar yang dipakai tidak menepati hukum islam. Ini yang dikatakan membalut aurat bukan menutup aurat. Pada masa yang sama solat ana juga tidak terjaga. Seringkali lewat, malah kadang-kadang tertinggal. Bukan ana tidak sedar semua ini adalah salah, tetapi hati ini lemah! Sentiasa termakan pujukan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan hamba Alah. Namun, pada suatu ketika, ana mula terfikir sejenak. Apakah cara hidup ana seperti ini akan memberi kebahagiaan pada ana di dunia dan di akhirat kelak ? Kebetulan pada saat itu, ana memerhati satu group di masjid. mereka duduk membentuk beberapa bulatan.Ana tertarik untuk bertanya mengenai itu. ohh..rupanya itulah group usrah atau dikenali sebagai bulatan sinergi. Subhanallah,  Perwatakan mereka sangat baik, pakaian mereka agak sempurna, aurat pula tertutup rapi. Ana terasa sangat tenang melihat mereka. Secara perlahan-lahan tanpa disedari, ana tergerak hati untuk berpakaian seperti mereka. Ana mula mengikuti setiap langkah, sedikit demi sedikit untuk berubah. Mengenakan pakaian yang labuh dan longgar, melabuhkan tudung, kemudian bersarung kaki atau memakai kasut yang bertutup. Sememangnya diri ini kelihatan begitu indah dalam keadaan seperti ini. Pakaian yang longgar membuatkan ana mudah bergerak, tidak seperti pakaian yang ketat. Sesuatu yang yang sangat jelas kelihatan adalah setiap perbuatan gerak geri ana tidak lagi menjadi tatapan kaum adam yang nakal seperti dulu. Selain itu, bonus istimewa daripada perubahan diri ini adalah, solat ana lebih terjaga walaupun ana tidak tahu adakah sempurna solat, namun ia tidak lagi sering tertinggal lagi seperti sebelum ini. Alhamdulillah, kii amalan bertudung labuh menjadi pakaian rutin dalam kehidupan ana. Apa yang pasti, setiap yang berlaku degan izin-Nya telah banyak mengubah kehidupan ana. Ana berasa amat bahagia dan tenang dengan diri yang baru. Semoga penghijrahan diri ini diredhai Allah dan mampu istiqamah selamanya. Ana bersyukur kerana Allah telah membuka pintu hati ini untuk berbuat kebaikan. Sesungguhnya hijrah ini semata-mata kerana-Nya. Semoga ana dan wanita di luar sana dapat menjadi muslimah yang solehah di dunia dan di akhirat. Insha Allah. Adik-adik dan sesiapa yang masih dalam keadaan seperti ana dahulu, ayuhlah kita berhijrah ! Insha Allah, kehidupan kita akan menjadi lebih baik . Ingatlah, harga diri tidak mudah tercalar jika aurat terpelihara. Kecantikan dan keindahan wanita terpancar apabila auratnya tertutup sempurna.


No comments:

Post a Comment