Saturday, 11 April 2015

Broga Hills


Assalamualaikum w.b.t 

I've been waiting for so long to get here ( Broga Hills ) and when in semester break i finally got here. Alhamdulillah. I love outdoor and adventure activities. It makes me feel satisfied and makes and became excited to see greatness of Allah. 



Sebenarnya kalau dibandingkan dengan gunung, Bukit Broga ni memang la tak boleh lawan gunung. Tapi nak sampai ke puncak dia hang kena banyak sabaq la, termengah-mengah jugak la nak panjat. 







Tapi bila dah sampai kat puncak Broga ni, bibir tak berhenti memuji Allah.



Pemandangan dari atas puncak Broga ni sangatlah cantik. Kalau nak tahu korang kena la panjat dan rasai pengalamannya sendiri.



Kami tiba awal di puncak. Jadi solat pun kat atas puncak ni juga. Kelengkapan solat semua prepare sendiri. Memang kena bawa sendiri sebab tiada surau di atas :D






pose mesti ala-ala filem hindustan sikit. fefeling meh.. 














Kenangan ini. Akan ku abadikan dalam memoriku. Yang indah-indah saja.
Doaku, agar dapat rancang aktiviti bermanfaat sebegini lagi. InsyaAllah.


Terima kasih sudi singgah blog ni :) 


-Diarii Seorang Mujahidah-







Sunday, 16 November 2014

Melaka River International Festival 2014

Bismillahirrahmaniraahim.

Assalamualaikum  wbt :)


One day I'd attended to one program at Malacca. Em, satu haritu..sebenarnya dah berkurun baru nak ceghita. Whatever it is yang penting I nak share jugak pengalaman ni. Okey, the program named “Melaka River International Festival 2014”.
Apa yang ada di program tu? Okey..kalau nak tahu jom teruskan membaca.

Kami bertolak awal pagi pada hari itu. pergi bersama kawan-kawan fakulti Art & Design. Perlu ke aku cerita aku hampir tertinggal bas? Aaa..tak perlu kot. Maaf..kita teruskan.

Alhamdulillah, cuaca pada pagi hari itu agak baik. Tidak terlalu panas dan agak redup. Tak ramai lagi yang ada pada pagi tu. Cuma kelihatan beberapa orang yang menguruskan program tu, terdapat banyak booth dan banyak barang di bawah khemah yang ada.




Pemandangan di sekitar program tersebut. Indah bukan dapat tengok pemandangan yang sejuk mata memandang pagi-pagi lagi



Nah, aku bagi bunga setepek kat muka sendiri sebab pada mulanya berat hati nak pi bila mengenangkan assignment yang beratur menunggu giliran.




Bila program start, kami diberikan makanan dan kena isi satu borang untuk satu pertandingan. Aku pun hairan sat. memang datang sini kena masuk pertandingan kah? Setahu aku kami diminta datang ke program je, ni tetiba kena masuk pertandingan apa pula? Em em
Bila pengerusi majlis tu terangkan apa kenapa dan bagaimana barulah aku faham. So….inilah yang kami buat….

Tadaaaa !!!














Haaa.. nampak tak nampak tak ? pasaipa muka dah jadi lagu tu? oil colour tu dah melekat kat tangan dan takmau hilang. merengek budak tu. tu la..lain kali jangan buat sepah comot comot.. kah kah kah terima lah akibatnya


lepas melekat tu tenyeh la guna air susah nak hilang, sebab nak hilangkan itu kena guna thinner.. 
meh meh


Interesting right ?


Inilah dipanggil seni pualaman.
Curah, celup dan gantung !
Bukan putar jilat celup dan makan ye ! itu biskut oreo. Ahaha

Jadi, apa yang kami buat adalah buat corak mengikut kreativiti masing-masing di dalam air yang bercampur minyak. Kemudian letak kertas di dalam bekas tu dan angkat. Biar sekejap di atas meja untuk keringkan sedikit, selepas tu baru gantung kat tempat yang disediakan ni. Aku tak berapa  tahu sangat seni pualaman ni sebab selalunya student fine art yang bermain dengan oil colour painting berus dakwat  semua ni. Course aku lain jadi aku tahu bermain dengan sketches rendering machine dan bla bla bla..






See..ramainya yang berbakat kan. Tapi macam ada orang yang merosakkan hasil seni orang lain pun ada kan. *aku yang tersedak sendiri. Sepatutnya itu kertas kasi kering sikit baru boleh gantung maaa..haiya!

Hasil seni pualaman ni seterusnya dinilai oleh juri dan diumumkan pemenang. Well, tahniah siapa yang menang membawa ganjaran itu pulang bersama. Yang tak menang tu chill okey, yang penting anda dah cuba buat sebaik boleh *pujuk hati sebab tak menang. Kah kah


Selepas bertungkus lumus mencurahkan idea bagai dalam seni pualaman tu, aku pun berjalan la sekitar tempat tu. Sempat jugak aku jumpa satu booth ni. Terpegun sat. Lama jugak la aku duk lepak kat booth tu. Seorang lelaki berumur dalam lingkungan 40-50 tahun buat seni khat kaligrafi jawi. Memandai je aku teka entah entah umur beliau 20 lebih. Takpelaa yang penting Owwww melting haihh. Apa? Bukan melting tengok pakcik tu, tapi aku melting tengok seni kaligrafi yang beliau hasilkan. “suatu hari nanti aku akan belajar ni” *monolog sikit dalam hati.







Sebenarnya ada lagi aktiviti lain di sini seperti melukis dan apalagi ya? Aku pun dah tak ingat. Maafla..





Segala puji bagi Allah.. program ni bagus sebenarnya. Siapa yang pi dapatlah pengalaman. Daripada tak kenal apa itu pualaman sampai boleh kenal. Oh, itu rupanya pualaman. 

Pengisian yang agak menarik dalam program ni. Alangkah lebih bagus jika program seperti ni diadakan lagi. Boleh menambahkan pengetahuan orang ramai tentang pelbagai Seni dan Kreativiti yang wujud di dunia ni tapi sering tidak disedari akan kewujudannya.

Sekian untuk entry kali ini.



Terima kasih sudi membaca :)






Wednesday, 12 November 2014

Mengapa begini ?

Bismillahirrahmaanirrahim.
Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera buat pembaca blog ini.

Nak cerita something ni..

Ada seorang ukhti (perempuan) ni.. Namanya Humaira (bukan nama sebenar)

Humaira seorang yang cerdik bijak pandai. Alhamdulillah, sejak kecil lagi dia membesar dengan suasana keluarga yang berkasih sayang. Keluarganya memberi sepenuh pendidikan yang baik kepadanya. Baik pendidikan dari segi akademik mahupun agama.

Dari tadika sehingga ke peringkat seterusnya, UPSR, PMR dan SPM Humaira selalu mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan kebabom. kawan-kawan menggelarnya sebagai budak 'nerd'. Saat kawan-kawan lain gembira dan ada yang menangisi kegagalan mereka apabila mendapat result, Humaira hanya wat lek wat peace saja. baginya, itu benda biasa. Seperti biasa, kerana dia pasti akan mendapat keputusan yang membanggakan ibu bapanya.

Apabila melangkah ke alam universiti, Humaira perlu menduduki peperiksaan penting yang bakal menentukan satu keputusan untuk masa hadapannya.. dia melalui peperiksaan dengan penuh confident. 

Humaira sering berusaha, doa dan rajin solat sunat. dia juga selalu bangun tengah malam dan qiam. Dia berdoa agar beroleh kejayaan yang cemerlang dan dipermudahkan segalanya. Dia akui peperiksaan kali ini memang agak susah dari sebelumnya.  Tatkala dia meluahkan kerisauannya terhadap result yang akan keluar, kawannya akan memberi respon "Alah Humaira, kau kan dekan je selalu. mesti gempak lah result kau nanti."

Apabila keputusan keluar, seperti biasa, Humaira mendapat keputusan yang cemerlang tapi pointernya sedikit menurun kerana kehilangan satu point. satu point saja. amat tipis sekali untuk maintain 4 flat. Kawan kawannya tumpang gembira atas kejayaannya. Humaira bersyukur namun berasa agak sedikit kecewa. (redha ke camtu?) "Sepatutnya aku boleh dapat keputusan yang lebih cemerlang.
Allah tak dengar doa aku ke?"





Humaira seolah-olah merajuk dengan penciptanya. Disebabkan kehilangan satu point, dia berasa gelisah dan seperti tidak redha akan keputusan itu (nampak tak ego dia kat situ?) Baru dia tahu langit tu tinggi atau rendah dan pelangi akan hilang bila-bila masa saja. Dia seolah-olah sudah tidak menghargai keputusan itu kerana perubahan itu sudah mengaburi berjuta nikmat pemberian Allah.
Manusia kan.. tidak boleh lari dari perasaan sedih dan kecewa.


Hasbunallahu wani'mal wakil..
"...Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"                        
-Ali Imran : 173 -


adakah kita betul-betul menyerahkan segala pertolongan kepada Allah? Allah sering melimpahkan nikmat kepada orang yang dikehendakiNya. Adakah kita lebih mengerti akan apa yang Allah kurniakan buat diri kita. Kita berdoa siang malam tapi Allah tak bagi apa yang kita nak. kenapa?
Sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita. Sayangnya Allah kat kita. Dia bukan saja memakbulkan, malah Dia perbetulkan permintaan kita. 


“...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka   kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang   mengetahui   (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
- Al-Baqarah : 216 - 


Seperti yang terjadi pada Humaira, Humaira sering berusaha dan berdoa untuk mendapatkan result yang cemerlang dan ingin membanggakan ibu bapanya, namun dia lupa. lupa bahawa aturan Allah lebih hebat dan sesuai buat hambaNya. Setiap kejadian ada hikmahnya tersendiri. Allah nak kita sedar hakikat hidup yang sementara.

Dengan tidak diberi apa yang kita pinta, tersimpan segala rahsia yang terbesar Allah nak bagi kepada kita. Biasakan dengan apa yang kita tidak diberi kerana yang disimpan dengan kita selesa tidak diberi lebih baik apa yang kita dapat kalau kita diberi.
Dengan pemberian yang Allah bagi, yang disimpan lagi lebih baik bagi Allah swt kalau kita redha dengan tidak diberi.

Janganlah kita berburuk sangka pada Allah swt. kerana apa yang kita minta tetapi tidak dapat, kita mengatakan yang kita sudah banyak berbuat baik.
Kalau dalam hati kita berfikir "aku dah banyak usaha, banyak berdoa, aku selalu qiam, aku dah buat ibadah sunat, aku dah, aku dah, aku dah..tapi apa yang aku minta tidak dikabulkan"
katalah pada diri..
Wahai diri..
Bangkitlah daripada kelalaian diri sendiri.

Bergantunglah pada Allah..letakkan Allah sebagai yang pertama dalam hidup.
Pengetahuan kita terhad kerana kehendak kita tidak terhad. Kita sendiri tak kenal diri kita. Kita tak tahu apa masa hadapan kita..
Apabila kepercayaan kita kepada Allah bertambah, ia menarik kita lebih dekat dengan Allah.. Lebih jauh dari bumi dan lebih mendekati langit.. lalu kita akan melihat objek-objek di dunia ini semakin kecil, sehinggakan kita tidak kisah apa yang terjadi kepada kita asalkan tidak hilang nama Allah dari hati kecil kita.

Perjalanan sebagai penuntut ilmu biarlah diniatkan semata-mata yang pertama sekali iaitu untuk mencari redha Ilahi. Ambil ibrah di setiap kejadian, tajdidlah diri semampu mungkin.
Terus gagah melangkah dan perbaiki segala kekurangan. InsyaAllah.. Moga kita sentiasa jadi hamba yang selalu bersyukur atas segala pemberianNya.



Let's tajdid diri !

Jangan berputus asa ! 




Terima kasih sudi membaca :)



Friday, 24 October 2014

Ciri-ciri Wanita Cantik

Assalamualaikum wbt :)




 Wanita cantik ialah wanita yang~



MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.



TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak kalau benar benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar. Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau izz turut sedemikian rupa.




TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

Bukan saja saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadiseorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.




 TABAH DI SAAT TERHINA

Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.





MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.





MENGASIHI TANPA BALASAN

Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.





BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa- doa yang dipohon kepada YANG 
ESA. InsyaAllah jom kita jadi wanita yang tabah ! 


Seni itu Indah



Bismillahhirrahmaanirrahim..

Hai, assalamualaikum 

How are you friends, bloggers and readers yang comeyy?!  Wah, disebabkan korang baca blog ana ni ana panggil awak, awak dan awak semua comeyy.. ihikss ;)
Saatku menaip ni moodku tengah baik, happy..hehe..tapi kenapa yeap? Nak tau kenapa?          

Sebenarnye..sebenarnye..sebenarnye.. saya nak bagitau something ni.. korang nak tau tak.. em..em..I’m in love..

YES ! I’m in love~~~
In love with seni khat a.k.a kaligrafi
Hehe..wat suspen je..ingatkan in love dengan boyfriend ke..tapi sebenarnya tidak…! Itu jauh sekali.. 

Oh ya ! korang pandai seni khat tak ? baru-baru ni saya ada tengok satu rancangan televisyen kat tv3. Guess what show? It’s da’i, pendakwah milenia. Rancangan ni best tau sebab menyiarkan tentang cara berdakwah dalam ajaran islam. Seronok tengok telatah peserta da’i join program-program yang dijalankan. Memang banyak pengalaman diorang dapat melalui program ni. saya suka time diorang pergi kelas belajar seni khat. Hmm..jeles jeles ! kalau diikutkan hati rase nak menyibuk join kelas seni khat tu jugak.





Actually I’m in love with seni khat since in primary school..while I’m in standard 4. For the first time I met with seni khat in my life, my ustazah who’s the one taught me to it.  She had taught me how to hold the khat pencil and how to do the right step to make khat art. At the beginning, I’m a little bit awkward with it..but as the day pass and pass, i became very happy and grateful to be friend with it. sampai bangga tengok ustazah gantung tulisan khat saya kat dinding kelas..then puji hasil sendiri. “emm, cantik jugak!” *bangga sikit sikit je* muehehe

BUT..

Day by day, it’s been a long time I became separated  with seni khat. While live as secondary school student, I’m very busy with my studies..PMR, SPM..so much of worries to score perfect in that examination especially the SPM examination. Seni khat is forgotten for a while. There is no khat class at my secondary school. So sad and disappointed. Even it is forgotten but seriously it's still fresh in my deep heart. My love for it would never fade..

Now, pendakwah milenia reminds me back to seni khat. Thank you !

simple.. khat kufi



 contengan simple seni khat menggunakan highlight. Tibai je medium apa depan mata. Ana lakar ni masa kebosanan melanda diri.


ha..ada tak nampak bakat ana dalam seni khat ni? Cantik x ? *Okay saja nak perasankan diri sikit


I’m not very good and didn’t have guru or sifu yang betul-betul mahir dalam seni khat ni. Amboi kau..SIFU! macam nak balajar kungfu or try masuk ujibakat mentor je. Kih3. Okey, Ilmu perlu dicari, so I do not want this story khat ends here. I’ll try to find teacher who can teaches me this seni khat until turned me to really penggiat dan peminat seni khat yang mahir. InsyaAllah :) Fi sabilillah..
Hopefully it can be one of my truly friend in this world. Bestfriend forever with SENI KHAT. Pray for my success ^^y. terus support saya dalam  seni khat tulisan arab dan jawi ini….

Thanks for reading =)
See you in the the next entry !




Sharing is Caring :)




Hai ! ASSALAMUALAIKUM =)

:: Perkongsian cerita tentang seorang hamba Allah ::

Berape kali nk cakap couple tuu haram..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..


Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau..Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam.. Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginkan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan ?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya tak nak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lagi..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak.. Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..Hubungan kita semakin diredhai..
Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...

Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~

Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

******

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit boleh?"

"Em,boleh..duduklah. aNta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya terdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya

So, apa pendapat korang ?
Bercinta memang lah tak salah justeru cinta adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai memang lah normal dalam hidup ni, betul x ? Jiwa manusia memerlukan cinta. serupa la macam jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tak salah untuk merasainya. Cinta kepada Allah, Cinta kepada Rasulullah, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada kawan-kawan dan cinta kepada saudara islam. Kalau dah ada yang sending cinta tu, mesti ada juga yang teringin nak receiving. Kalau cinta kita kepada Allah pun tak cukup kuat apa motif kita nak cinta lebih-lebih kat manusia( perempuan/lelaki yg tak halal bagi kita) ? Biarlah cinta kita melebihi cinta kepada Allah. pilihan di tangan anda, mudah-mudahan redha Allah sentiasa bersama kita. 

Hope anda dapat pengajaran daripada cerita ni. segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk itu datang dari kelemahan diri ana sendiri. Jom muhasabah diri ! tingkatkan iman :)




semoga perkongsian cerita ini bermanfaat untuk kita semua...
Terima kasih sudi baca entri ni :)