Wednesday, 12 November 2014

Mengapa begini ?

Bismillahirrahmaanirrahim.
Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera buat pembaca blog ini.

Nak cerita something ni..

Ada seorang ukhti (perempuan) ni.. Namanya Humaira (bukan nama sebenar)

Humaira seorang yang cerdik bijak pandai. Alhamdulillah, sejak kecil lagi dia membesar dengan suasana keluarga yang berkasih sayang. Keluarganya memberi sepenuh pendidikan yang baik kepadanya. Baik pendidikan dari segi akademik mahupun agama.

Dari tadika sehingga ke peringkat seterusnya, UPSR, PMR dan SPM Humaira selalu mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan kebabom. kawan-kawan menggelarnya sebagai budak 'nerd'. Saat kawan-kawan lain gembira dan ada yang menangisi kegagalan mereka apabila mendapat result, Humaira hanya wat lek wat peace saja. baginya, itu benda biasa. Seperti biasa, kerana dia pasti akan mendapat keputusan yang membanggakan ibu bapanya.

Apabila melangkah ke alam universiti, Humaira perlu menduduki peperiksaan penting yang bakal menentukan satu keputusan untuk masa hadapannya.. dia melalui peperiksaan dengan penuh confident. 

Humaira sering berusaha, doa dan rajin solat sunat. dia juga selalu bangun tengah malam dan qiam. Dia berdoa agar beroleh kejayaan yang cemerlang dan dipermudahkan segalanya. Dia akui peperiksaan kali ini memang agak susah dari sebelumnya.  Tatkala dia meluahkan kerisauannya terhadap result yang akan keluar, kawannya akan memberi respon "Alah Humaira, kau kan dekan je selalu. mesti gempak lah result kau nanti."

Apabila keputusan keluar, seperti biasa, Humaira mendapat keputusan yang cemerlang tapi pointernya sedikit menurun kerana kehilangan satu point. satu point saja. amat tipis sekali untuk maintain 4 flat. Kawan kawannya tumpang gembira atas kejayaannya. Humaira bersyukur namun berasa agak sedikit kecewa. (redha ke camtu?) "Sepatutnya aku boleh dapat keputusan yang lebih cemerlang.
Allah tak dengar doa aku ke?"





Humaira seolah-olah merajuk dengan penciptanya. Disebabkan kehilangan satu point, dia berasa gelisah dan seperti tidak redha akan keputusan itu (nampak tak ego dia kat situ?) Baru dia tahu langit tu tinggi atau rendah dan pelangi akan hilang bila-bila masa saja. Dia seolah-olah sudah tidak menghargai keputusan itu kerana perubahan itu sudah mengaburi berjuta nikmat pemberian Allah.
Manusia kan.. tidak boleh lari dari perasaan sedih dan kecewa.


Hasbunallahu wani'mal wakil..
"...Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"                        
-Ali Imran : 173 -


adakah kita betul-betul menyerahkan segala pertolongan kepada Allah? Allah sering melimpahkan nikmat kepada orang yang dikehendakiNya. Adakah kita lebih mengerti akan apa yang Allah kurniakan buat diri kita. Kita berdoa siang malam tapi Allah tak bagi apa yang kita nak. kenapa?
Sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita. Sayangnya Allah kat kita. Dia bukan saja memakbulkan, malah Dia perbetulkan permintaan kita. 


“...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka   kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang   mengetahui   (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
- Al-Baqarah : 216 - 


Seperti yang terjadi pada Humaira, Humaira sering berusaha dan berdoa untuk mendapatkan result yang cemerlang dan ingin membanggakan ibu bapanya, namun dia lupa. lupa bahawa aturan Allah lebih hebat dan sesuai buat hambaNya. Setiap kejadian ada hikmahnya tersendiri. Allah nak kita sedar hakikat hidup yang sementara.

Dengan tidak diberi apa yang kita pinta, tersimpan segala rahsia yang terbesar Allah nak bagi kepada kita. Biasakan dengan apa yang kita tidak diberi kerana yang disimpan dengan kita selesa tidak diberi lebih baik apa yang kita dapat kalau kita diberi.
Dengan pemberian yang Allah bagi, yang disimpan lagi lebih baik bagi Allah swt kalau kita redha dengan tidak diberi.

Janganlah kita berburuk sangka pada Allah swt. kerana apa yang kita minta tetapi tidak dapat, kita mengatakan yang kita sudah banyak berbuat baik.
Kalau dalam hati kita berfikir "aku dah banyak usaha, banyak berdoa, aku selalu qiam, aku dah buat ibadah sunat, aku dah, aku dah, aku dah..tapi apa yang aku minta tidak dikabulkan"
katalah pada diri..
Wahai diri..
Bangkitlah daripada kelalaian diri sendiri.

Bergantunglah pada Allah..letakkan Allah sebagai yang pertama dalam hidup.
Pengetahuan kita terhad kerana kehendak kita tidak terhad. Kita sendiri tak kenal diri kita. Kita tak tahu apa masa hadapan kita..
Apabila kepercayaan kita kepada Allah bertambah, ia menarik kita lebih dekat dengan Allah.. Lebih jauh dari bumi dan lebih mendekati langit.. lalu kita akan melihat objek-objek di dunia ini semakin kecil, sehinggakan kita tidak kisah apa yang terjadi kepada kita asalkan tidak hilang nama Allah dari hati kecil kita.

Perjalanan sebagai penuntut ilmu biarlah diniatkan semata-mata yang pertama sekali iaitu untuk mencari redha Ilahi. Ambil ibrah di setiap kejadian, tajdidlah diri semampu mungkin.
Terus gagah melangkah dan perbaiki segala kekurangan. InsyaAllah.. Moga kita sentiasa jadi hamba yang selalu bersyukur atas segala pemberianNya.



Let's tajdid diri !

Jangan berputus asa ! 




Terima kasih sudi membaca :)



No comments:

Post a Comment