Bismillahirrahmaniraahim.
Assalamualaikum wbt :)
One day I'd attended to one program at Malacca. Em,
satu haritu..sebenarnya dah berkurun baru nak ceghita. Whatever it is yang
penting I nak share jugak pengalaman ni. Okey, the program named “Melaka River
International Festival 2014”.
Apa yang ada di program tu? Okey..kalau nak tahu jom
teruskan membaca.
Kami bertolak awal pagi pada hari itu. pergi bersama kawan-kawan fakulti Art & Design. Perlu ke aku cerita
aku hampir tertinggal bas? Aaa..tak perlu kot. Maaf..kita teruskan.
Alhamdulillah, cuaca pada pagi hari itu agak baik. Tidak terlalu panas dan agak redup. Tak ramai lagi yang ada pada pagi tu. Cuma kelihatan beberapa orang yang menguruskan program tu, terdapat banyak booth dan banyak barang di bawah khemah yang ada.
Pemandangan di sekitar program tersebut. Indah bukan dapat tengok pemandangan yang sejuk mata memandang pagi-pagi lagi
Nah, aku bagi bunga setepek kat muka sendiri sebab pada mulanya berat hati nak pi bila mengenangkan assignment yang beratur menunggu giliran.
Bila program start, kami diberikan makanan dan kena isi satu borang
untuk satu pertandingan. Aku pun hairan sat. memang datang sini kena masuk
pertandingan kah? Setahu aku kami diminta datang ke program je, ni tetiba kena
masuk pertandingan apa pula? Em em
Bila pengerusi majlis tu terangkan apa kenapa dan bagaimana barulah aku
faham. So….inilah yang kami buat….
Tadaaaa !!!
Haaa.. nampak tak nampak tak ? pasaipa muka dah jadi lagu tu? oil colour tu dah melekat kat tangan dan takmau hilang. merengek budak tu. tu la..lain kali jangan buat sepah comot comot.. kah kah kah terima lah akibatnya
lepas melekat tu tenyeh la guna air susah nak hilang, sebab nak hilangkan itu kena guna thinner..
meh meh
Interesting right ?
Inilah dipanggil seni pualaman.
Curah, celup dan gantung !
Bukan putar jilat celup dan makan ye ! itu biskut oreo. Ahaha
Jadi, apa yang kami buat adalah buat corak mengikut kreativiti masing-masing
di dalam air yang bercampur minyak. Kemudian letak kertas di dalam bekas tu dan
angkat. Biar sekejap di atas meja untuk keringkan sedikit, selepas tu baru
gantung kat tempat yang disediakan ni. Aku tak berapa tahu sangat seni pualaman ni sebab selalunya
student fine art yang bermain dengan oil colour painting berus dakwat semua ni. Course aku lain jadi aku tahu bermain
dengan sketches rendering machine dan bla bla bla..
See..ramainya yang berbakat kan. Tapi macam ada orang yang merosakkan
hasil seni orang lain pun ada kan. *aku yang tersedak sendiri. Sepatutnya itu
kertas kasi kering sikit baru boleh gantung maaa..haiya!
Hasil seni pualaman ni seterusnya dinilai oleh juri dan diumumkan
pemenang. Well, tahniah siapa yang menang membawa ganjaran itu pulang bersama.
Yang tak menang tu chill okey, yang penting anda dah cuba buat sebaik boleh
*pujuk hati sebab tak menang. Kah kah
Selepas bertungkus lumus mencurahkan idea bagai dalam seni pualaman tu,
aku pun berjalan la sekitar tempat tu. Sempat jugak aku jumpa satu booth ni.
Terpegun sat. Lama jugak la aku duk lepak kat booth tu. Seorang lelaki berumur
dalam lingkungan 40-50 tahun buat seni khat kaligrafi jawi. Memandai je aku
teka entah entah umur beliau 20 lebih. Takpelaa yang penting Owwww melting
haihh. Apa? Bukan melting tengok pakcik tu, tapi aku melting tengok seni
kaligrafi yang beliau hasilkan. “suatu hari nanti aku akan belajar ni” *monolog
sikit dalam hati.
Sebenarnya ada lagi aktiviti lain di sini seperti melukis dan apalagi
ya? Aku pun dah tak ingat. Maafla..
Segala puji bagi Allah.. program ni bagus sebenarnya. Siapa yang pi
dapatlah pengalaman. Daripada tak kenal apa itu pualaman sampai boleh kenal. Oh,
itu rupanya pualaman.
Pengisian yang agak menarik dalam program ni. Alangkah lebih bagus jika program seperti ni diadakan lagi. Boleh menambahkan pengetahuan orang ramai tentang pelbagai Seni dan Kreativiti yang wujud di dunia ni tapi sering tidak disedari akan kewujudannya.
Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi membaca :)
Pengisian yang agak menarik dalam program ni. Alangkah lebih bagus jika program seperti ni diadakan lagi. Boleh menambahkan pengetahuan orang ramai tentang pelbagai Seni dan Kreativiti yang wujud di dunia ni tapi sering tidak disedari akan kewujudannya.
Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi membaca :)











No comments:
Post a Comment