Sunday, 16 November 2014

Melaka River International Festival 2014

Bismillahirrahmaniraahim.

Assalamualaikum  wbt :)


One day I'd attended to one program at Malacca. Em, satu haritu..sebenarnya dah berkurun baru nak ceghita. Whatever it is yang penting I nak share jugak pengalaman ni. Okey, the program named “Melaka River International Festival 2014”.
Apa yang ada di program tu? Okey..kalau nak tahu jom teruskan membaca.

Kami bertolak awal pagi pada hari itu. pergi bersama kawan-kawan fakulti Art & Design. Perlu ke aku cerita aku hampir tertinggal bas? Aaa..tak perlu kot. Maaf..kita teruskan.

Alhamdulillah, cuaca pada pagi hari itu agak baik. Tidak terlalu panas dan agak redup. Tak ramai lagi yang ada pada pagi tu. Cuma kelihatan beberapa orang yang menguruskan program tu, terdapat banyak booth dan banyak barang di bawah khemah yang ada.




Pemandangan di sekitar program tersebut. Indah bukan dapat tengok pemandangan yang sejuk mata memandang pagi-pagi lagi



Nah, aku bagi bunga setepek kat muka sendiri sebab pada mulanya berat hati nak pi bila mengenangkan assignment yang beratur menunggu giliran.




Bila program start, kami diberikan makanan dan kena isi satu borang untuk satu pertandingan. Aku pun hairan sat. memang datang sini kena masuk pertandingan kah? Setahu aku kami diminta datang ke program je, ni tetiba kena masuk pertandingan apa pula? Em em
Bila pengerusi majlis tu terangkan apa kenapa dan bagaimana barulah aku faham. So….inilah yang kami buat….

Tadaaaa !!!














Haaa.. nampak tak nampak tak ? pasaipa muka dah jadi lagu tu? oil colour tu dah melekat kat tangan dan takmau hilang. merengek budak tu. tu la..lain kali jangan buat sepah comot comot.. kah kah kah terima lah akibatnya


lepas melekat tu tenyeh la guna air susah nak hilang, sebab nak hilangkan itu kena guna thinner.. 
meh meh


Interesting right ?


Inilah dipanggil seni pualaman.
Curah, celup dan gantung !
Bukan putar jilat celup dan makan ye ! itu biskut oreo. Ahaha

Jadi, apa yang kami buat adalah buat corak mengikut kreativiti masing-masing di dalam air yang bercampur minyak. Kemudian letak kertas di dalam bekas tu dan angkat. Biar sekejap di atas meja untuk keringkan sedikit, selepas tu baru gantung kat tempat yang disediakan ni. Aku tak berapa  tahu sangat seni pualaman ni sebab selalunya student fine art yang bermain dengan oil colour painting berus dakwat  semua ni. Course aku lain jadi aku tahu bermain dengan sketches rendering machine dan bla bla bla..






See..ramainya yang berbakat kan. Tapi macam ada orang yang merosakkan hasil seni orang lain pun ada kan. *aku yang tersedak sendiri. Sepatutnya itu kertas kasi kering sikit baru boleh gantung maaa..haiya!

Hasil seni pualaman ni seterusnya dinilai oleh juri dan diumumkan pemenang. Well, tahniah siapa yang menang membawa ganjaran itu pulang bersama. Yang tak menang tu chill okey, yang penting anda dah cuba buat sebaik boleh *pujuk hati sebab tak menang. Kah kah


Selepas bertungkus lumus mencurahkan idea bagai dalam seni pualaman tu, aku pun berjalan la sekitar tempat tu. Sempat jugak aku jumpa satu booth ni. Terpegun sat. Lama jugak la aku duk lepak kat booth tu. Seorang lelaki berumur dalam lingkungan 40-50 tahun buat seni khat kaligrafi jawi. Memandai je aku teka entah entah umur beliau 20 lebih. Takpelaa yang penting Owwww melting haihh. Apa? Bukan melting tengok pakcik tu, tapi aku melting tengok seni kaligrafi yang beliau hasilkan. “suatu hari nanti aku akan belajar ni” *monolog sikit dalam hati.







Sebenarnya ada lagi aktiviti lain di sini seperti melukis dan apalagi ya? Aku pun dah tak ingat. Maafla..





Segala puji bagi Allah.. program ni bagus sebenarnya. Siapa yang pi dapatlah pengalaman. Daripada tak kenal apa itu pualaman sampai boleh kenal. Oh, itu rupanya pualaman. 

Pengisian yang agak menarik dalam program ni. Alangkah lebih bagus jika program seperti ni diadakan lagi. Boleh menambahkan pengetahuan orang ramai tentang pelbagai Seni dan Kreativiti yang wujud di dunia ni tapi sering tidak disedari akan kewujudannya.

Sekian untuk entry kali ini.



Terima kasih sudi membaca :)






Wednesday, 12 November 2014

Mengapa begini ?

Bismillahirrahmaanirrahim.
Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera buat pembaca blog ini.

Nak cerita something ni..

Ada seorang ukhti (perempuan) ni.. Namanya Humaira (bukan nama sebenar)

Humaira seorang yang cerdik bijak pandai. Alhamdulillah, sejak kecil lagi dia membesar dengan suasana keluarga yang berkasih sayang. Keluarganya memberi sepenuh pendidikan yang baik kepadanya. Baik pendidikan dari segi akademik mahupun agama.

Dari tadika sehingga ke peringkat seterusnya, UPSR, PMR dan SPM Humaira selalu mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan kebabom. kawan-kawan menggelarnya sebagai budak 'nerd'. Saat kawan-kawan lain gembira dan ada yang menangisi kegagalan mereka apabila mendapat result, Humaira hanya wat lek wat peace saja. baginya, itu benda biasa. Seperti biasa, kerana dia pasti akan mendapat keputusan yang membanggakan ibu bapanya.

Apabila melangkah ke alam universiti, Humaira perlu menduduki peperiksaan penting yang bakal menentukan satu keputusan untuk masa hadapannya.. dia melalui peperiksaan dengan penuh confident. 

Humaira sering berusaha, doa dan rajin solat sunat. dia juga selalu bangun tengah malam dan qiam. Dia berdoa agar beroleh kejayaan yang cemerlang dan dipermudahkan segalanya. Dia akui peperiksaan kali ini memang agak susah dari sebelumnya.  Tatkala dia meluahkan kerisauannya terhadap result yang akan keluar, kawannya akan memberi respon "Alah Humaira, kau kan dekan je selalu. mesti gempak lah result kau nanti."

Apabila keputusan keluar, seperti biasa, Humaira mendapat keputusan yang cemerlang tapi pointernya sedikit menurun kerana kehilangan satu point. satu point saja. amat tipis sekali untuk maintain 4 flat. Kawan kawannya tumpang gembira atas kejayaannya. Humaira bersyukur namun berasa agak sedikit kecewa. (redha ke camtu?) "Sepatutnya aku boleh dapat keputusan yang lebih cemerlang.
Allah tak dengar doa aku ke?"





Humaira seolah-olah merajuk dengan penciptanya. Disebabkan kehilangan satu point, dia berasa gelisah dan seperti tidak redha akan keputusan itu (nampak tak ego dia kat situ?) Baru dia tahu langit tu tinggi atau rendah dan pelangi akan hilang bila-bila masa saja. Dia seolah-olah sudah tidak menghargai keputusan itu kerana perubahan itu sudah mengaburi berjuta nikmat pemberian Allah.
Manusia kan.. tidak boleh lari dari perasaan sedih dan kecewa.


Hasbunallahu wani'mal wakil..
"...Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"                        
-Ali Imran : 173 -


adakah kita betul-betul menyerahkan segala pertolongan kepada Allah? Allah sering melimpahkan nikmat kepada orang yang dikehendakiNya. Adakah kita lebih mengerti akan apa yang Allah kurniakan buat diri kita. Kita berdoa siang malam tapi Allah tak bagi apa yang kita nak. kenapa?
Sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita. Sayangnya Allah kat kita. Dia bukan saja memakbulkan, malah Dia perbetulkan permintaan kita. 


“...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka   kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang   mengetahui   (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
- Al-Baqarah : 216 - 


Seperti yang terjadi pada Humaira, Humaira sering berusaha dan berdoa untuk mendapatkan result yang cemerlang dan ingin membanggakan ibu bapanya, namun dia lupa. lupa bahawa aturan Allah lebih hebat dan sesuai buat hambaNya. Setiap kejadian ada hikmahnya tersendiri. Allah nak kita sedar hakikat hidup yang sementara.

Dengan tidak diberi apa yang kita pinta, tersimpan segala rahsia yang terbesar Allah nak bagi kepada kita. Biasakan dengan apa yang kita tidak diberi kerana yang disimpan dengan kita selesa tidak diberi lebih baik apa yang kita dapat kalau kita diberi.
Dengan pemberian yang Allah bagi, yang disimpan lagi lebih baik bagi Allah swt kalau kita redha dengan tidak diberi.

Janganlah kita berburuk sangka pada Allah swt. kerana apa yang kita minta tetapi tidak dapat, kita mengatakan yang kita sudah banyak berbuat baik.
Kalau dalam hati kita berfikir "aku dah banyak usaha, banyak berdoa, aku selalu qiam, aku dah buat ibadah sunat, aku dah, aku dah, aku dah..tapi apa yang aku minta tidak dikabulkan"
katalah pada diri..
Wahai diri..
Bangkitlah daripada kelalaian diri sendiri.

Bergantunglah pada Allah..letakkan Allah sebagai yang pertama dalam hidup.
Pengetahuan kita terhad kerana kehendak kita tidak terhad. Kita sendiri tak kenal diri kita. Kita tak tahu apa masa hadapan kita..
Apabila kepercayaan kita kepada Allah bertambah, ia menarik kita lebih dekat dengan Allah.. Lebih jauh dari bumi dan lebih mendekati langit.. lalu kita akan melihat objek-objek di dunia ini semakin kecil, sehinggakan kita tidak kisah apa yang terjadi kepada kita asalkan tidak hilang nama Allah dari hati kecil kita.

Perjalanan sebagai penuntut ilmu biarlah diniatkan semata-mata yang pertama sekali iaitu untuk mencari redha Ilahi. Ambil ibrah di setiap kejadian, tajdidlah diri semampu mungkin.
Terus gagah melangkah dan perbaiki segala kekurangan. InsyaAllah.. Moga kita sentiasa jadi hamba yang selalu bersyukur atas segala pemberianNya.



Let's tajdid diri !

Jangan berputus asa ! 




Terima kasih sudi membaca :)